dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Lubok Antu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Microsoft Powerpoint & Intel Learn Easy Step Minggu Kedua

16 Jun 2017| Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Lubok Antu telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan Intel Learn Easy Step pada 15 Jun 2017 bermula jam 2 petang hingga 4 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu. Kelas ini disertai seramai lapan orang pelajar SMK dan termasuk SK Lubok Antu.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengetahui fungsi Microsoft powerpoint dan mempelajari asas powerpoint serta bagaimana untuk menghasilkan lukisan kreativiti masing-masing menggunakan Microsoft powerpoint.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini adalah taklimat pengenalan kepada Microsoft powerpoint ,mengenalpasti menu bar dan setiap fungsi nya,mempelajari bagaimana untuk menambah slaid,melukis menggunakan “shape”,mewarna dan menambah kesan khas pada lukisan, dan diakhir kelas peserta membuat pembentangan hasil lukisan masing-masing. Antara aktiviti tambahan ialah taklimat ringkas mengenai klik dengan bijak ( maklumat palsu ) dan advokasi ( hak dan tanggungjawab pengguna warga digital masa hadapan ).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.